RAHSIA SILAP MATA NGERI DAVID COOPERFIELD TERBONGKAR

. Jumat, 07 Maret 2014
0 komentar
Ini adalah silap mata yang paling ngeri dan paling terkenal di seluruh dunia. Sukar dipercayai David Cooperfield yang sudah terpotong dua di belah oleh mata gergaji besar masih lagi boleh hidup, dan bergerak-gerak. Ketika itu semua orang mengatakan beliau mengunakan Jin.


VIDEO DAVID COOPERFIELD TERPOTONG DUA !

Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur, untuk persembahan magiknya. Ada yang bercerita, bahawa David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya. Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya.

Mungkin ramai yang menuduh David membela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita.Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu rahsia ini telah membongkarkan rahsia itu kepada orang awam.

INILAH VIDEO RAHSIA DAVID COOPERFIELD YANG DIBONGKAR !

persembahan itu, akan menggunakan idea yang sama ataupun, mengolah magik itu menjadi persembahan yang mungkin sedikit berbeza tetapi dengan konsep yang sama.

Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda:-

1) Menghilangkan ‘Statue of Liberty’
2) Berjalan menembusi Tembok Besar Cina
3) Menghilangkan sebuah keretapi
4) Menghilangkan sebuah kapal terbang
5) David Cooperfield boleh Terbang (KLIK SINI NAK TAHU RAHSIANYA)
6) Terapung di atas Grand Canyon
7) Di belah dengan mata gergaji besar

Menurut salah seorang ‘magician’ yang saya kenali, para ‘magician’ yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu. Misalnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin.

Ia tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar nak main-main agar orang takut. Mungkin juga untuk reputasi. Itu lah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya. Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu. Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.
David Copperfield
kepada anda yang masih menyangka bahawa silap mata ini menggunakan makhluk halus, sila ubah sangkaan anda itu kerana silap mata hanyalah illusi dan hiburan, tak lebih daripada itu.

Namun bagi saya David Cooperfield tetap lagenda silap mata sepanjang zaman. Dan masih tiada lagi penggantinya setakat artikel ini ditulis.
-Alamcyber2020-
Read More..

Allahyarham Sarjan Rosdi Dapat Pingat PBB

. Kamis, 06 Maret 2014
0 komentar

KUALA LUMPUR – Anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5), Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32, yang maut semasa melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) pada 23 Ogos lalu menerima pingat PBB dan Angkatan Tentera Lebanon.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, Komander Pasukan UNIFIL, Mejar Jeneral Paolo Serra menganugerahkan Pingat PBB Unifil manakala Wakil Komander Angkatan Tentera Lubnan, Kolonel Said Mourad menganugerahkan Pingat Negara Lebanon kepada Allahyarham.

“Upacara penghormatan terakhir jenazah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri dan berlangsung dengan penuh kehormatan di sini pada 26 Ogos 2013. Kedua-dua pingat disematkan pada bendera PBB yang menyelimuti keranda Allahyarham serta diberikan penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan, jenazah Allahyarham Rosdi dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang ini dan akan disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang ini.

Tambah kenyataan itu, jenazah anggota tentera Malaysia itu kemudian akan diterbangkan ke Ipoh, Perak dari Pangkalan TUDM Subang dengan menggunakan pesawat C130.

Media pada 24 Ogos lalu melaporkan seorang anggota Malbatt 5 maut manakala dua rakannya cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika melaksanakan misi Unifil.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) ketika konvoi ‘Force Protection’(FP) melibatkan 41 anggota bersama lapan kenderaan tentera bergerak dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.

Allahyarham Rosdi dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, 26, dan Lans Koperal Nur Syahied Taib, 26, cedera.

Beliau yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dipetik berkata, kejadian berlaku apabila Kembalik yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbalik ke dalam gaung sedalam 15 meter bersama kenderaan perisai yang ditunda.




Read More..

Potongan Tubuh Korban Petasan Masih Dicari

. Rabu, 05 Maret 2014
0 komentar


MALANG - Ratusan warga Dusun Alas Gede, Desa Ngingit, Kecamatan Tumpang, Kabupaten Malang, sejak pagi tadi sudah ramai berkumpul di sekitar puing-puing rumah Ponari (50), warga setempat yang kemarin (14/8/2012) malam tewas mengenaskan bersama istri dan keponakannya setelah terkena ledakan yang diduga bersumber dari petasan.

Warga merasa penasaran dan ingin tahu semua upaya penyelidikan yang sedang dilakukan polisi di sekitar lokasi kejadian.

Sementara itu, dapat dilaporkan bahwa sejak semalam hingga pagi ini, jajaran kepolisian dari Polres Malang yang dibantu tim SAR, masih tetap berusaha mencari dan mengumpulkan potongan daging tubuh korban.

Hal ini memang cukup menyulitkan, sebab karena kerasnya ledakan yang terjadi, potongan-potongan tubuh itu telah terlempar sampai jarak sekitar 50 meter.

Bahkan, menurut sejumlah warga setempat, upaya pencarian pun dilakukan sampai memanjat pohon nangka di belakang rumah korban setinggi kira-kira 30 meter.

"Ada telapak tangan korban nyangkut di pohon nangka. Jadi ambilnya harus manjat. Saya sendiri sempat bantu dan menemukan potongan lainnya," ujar Sukardi (50), salah satu warga Dusun Wakal, Ngingit, yang pagi ini ikut datang di TKP.

Nur, salah satu anggota SAR yang membantu upaya pencarian, menyebutkan bahwa pihaknya melibatkan sekitar 20 personil untuk membantu upaya pencarian sisa potongan tubuh korban. Meski telah melakukan pencarian sejak pukul 07.00 WIB, namun diduga masih ada beberapa bagian tubuh lain yang belum ditemukan.

"Ini tadi sudah ketemu beberapa. Tapi diduga ya masih banyak yang belum ketemu," ujar Nur.
Read More..

Ron 95 Bakal Naik Harga Lagi

. Selasa, 04 Maret 2014
0 komentar

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah itu juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

“Penyeludupan petrol dan diesel berlaku kerana bahan api ini lebih murah di Malaysia,” kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. – BERNAMA
Read More..

Fakta pornografi untuk kanak kanak yg sedang membesar

. Senin, 03 Maret 2014
0 komentar

116,000 search for child pornografy ........ setiap hari

Share

Follow fadah5 on Twitter
Read More..

Kasihan ‘Budak ikan’ impi untuk bersekolah

. Minggu, 02 Maret 2014
0 komentar

Beijing: Pan Xianhang yang baru berusia lapan tahun tidak dapat tidur pada waktu malam.
Dikenali sebagai Budak Ikan di kalangan penduduk setempat di Wenling, seluruh tubuh Pan diselaputi ‘sisik’ tebal akibat penyakit kulit Ichthyosis sejak lahir.

Justeru sejak kecil hidup Pan sentiasa dibayangi kesakitan melampau.
Memetik ibu Pan, media tempatan melaporkan budak itu cuma mengimpikan dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain dan bebas daripada gangguan daripada penyakit kulitnya.

Penyakit itu juga menjejaskan pembentukan kelopak mata, hidung, mulut dan telinga Pan, selain mengehadkan pergerakan tangan dan kakinya.

Sebuah yayasan penyakit kulit berkata, setiap tahun dianggarkan lebih 16,000 bayi dilahirkan dengan masalah sama seperti dialami Pan. -
Agensi
Read More..

UPDATE Izan Dan Maryam Selamat Tiba di Tanah Air

. Sabtu, 01 Maret 2014
0 komentar
Izan Dan Maryam Selamat Tiba di Tanah Air


1. 15 Mei 2013, kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu. Beberapa hari sebelum itu Maryam mengalami chicken pox. Bagaimanapun ground staff Air Asia di LCCT membenarkan Maryam dan semua ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam. Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat. Hanya tompokan hitam masih kelihatan di seluruh tubuhnya dan dia tidak demam.
2. 18 Mei 2013, kira-kira 20 minit sebelum pesawat dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang oleh ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh menaiki pesawat syarikat tambang murah itu, penerbangan AK 1455 pada jam 9 malam, waktu Vietnam.
IMG_3185
Tompokan kesan chicken pox dilihat oleh ground satff berbangsa Vietnam lalu mereka bertindak mengikut peraturan seperti dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia. Mereka diarahkan oleh lelaki di bawah untuk tinggal di Ho Chi Minh selama 5 hari sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.
IMG_3181
3. Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui Analisa beliau, Maryam selamat untuk diterbangkan. Namun, kenyataan doktor itu tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang, beliau berstatus pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan masalah timbul. Melalui Analisa saya dan keluarga Izan, TIADA doktor Vietnam membuat pemeriksaan terhadap Maryam di sekitar pintu 18 lapangan terbang. Hanya jururawat ditugaskan mengambil bacaan suhu badan Maryam. Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit, jururawat warga asing itu hanya membisu. Jika benar status kesihatan Maryam membahayakan penumpang lain, bagaimanakah bayi itu DIBENARKAN oleh ground satff Air Asia di LCCT untuk menaiki pesawat ke Vietnam pada 15 Mei tetapi kemudian dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?
4. Hampir jam 9.30 malam, Izan dan Maryam ditemankan oleh dua saudara lelaki mereka, Faisal Mohd Fozzeli dan Mohd Hasif Mokhtar (berbaju merah) dibawa keluar oleh ground staff bertugas dari lapangan terbang dan HANYA dihantar ke terminal teksi. Tatkala itu mereka tidak mempunyai bilik hotel dan juga kenderaan untuk bergerak di negara asing terbabit. Malah sebahagian wang mereka bawa, disumbangkan oleh penumpang pelbagai bangsa penerbangan AK 1455.
IMG_3172-001
Bukan sahaja Izan dan ahli keluarga menitiskan airmata, malah majoriti penumpang bakal berlepas meninggalkan mereka berasa hiba dengan situasi didepani oleh anak beranak itu.
IMG_3177
5. Ground satff di Vietnam MENDAKWA, kapten kapal terbang Air Asia AK 1455 tidak membenarkan Maryam menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50 malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat, saya dimaklumkan oleh pramugari bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui perincian kes terbabit. Pihak manakah tidak berkata benar?
6. Setelah tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan terpaksa membeli susu Maryam dan juga pakaian mereka. Akhirnya dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel dengan kadar bayaran USD60 semalam dengan menggunakan wang sumbangan penumpang penerbangan AK 1455.
7. Tiada kakitangan Air Asia menghubungi Izan mahupun ahli keluarganya.
8. Pada 19 Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak menghubungi adiknya, pegawai senior Tourism Malaysia di New York, Amerika Syarikat, Ahmad Johanis. Johanis kemudian medapatkan bantuan kakitangan Tourism Malaysia Vietnam, MAS dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit. Berikutan bantuan dihulurkan, Maryam kemudian dihantar ke hospital untuk diperiksa dan disahkan sihat oleh doktor di Victoria Healthcare Vietnam.
Fullscreen capture 2052013 124247 AM
9. Izan, Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam semalam menggunakan pesawat MAS.
10. Berikutan kes ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitter beliau.
2
Ertinya, membiarkan Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka terkontang-kanting mencari hotel dan kenderaan pada kira-kira jam 10 malam di negara asing, tanpa bantuan ground staff di lapangan terbang Ho Chi Minh itu mengikut buku, ‘follow the book’. Maryam dikendung oleh ibunya, hanya berusia setahun 2 bulan. Tanpa susu dan pakaian, mereka terkial-kial cuba mendapatkan bekalan. Kejadian itu juga berlaku kerana Air Asia mengikut buku.
Selain daripada menjalankan perniagaan bertujuan meraih keuntungan, pihak pengurusan Air Asia harus memikirkan faktor kemanusiaan dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Rakyat Malaysia lazimnya berbudi bicara sewaktu melaksanakan sesuatu tindakan. Tweet terbabit kemudian didapati telah DIPADAMKAN dan berikut kenyataan Tony seterusnya.
3
11. Pada hemat saya, Tony tidak sepatutnya tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan di laman sosial. Beliau atau kakitangannya harus terlebih dahulu mengambil inisiatif cuba menghubungi Izan atau ahli keluarganya untuk menyiasat dan mendapatkan penjelasan terperinci kedua pihak berhubung kejadian berlaku.
12. Saya dimaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berlaku di Vietnam. Dalam kenyataan itu, doktor dikatakan memeriksa Maryam d an bayi kelainan upaya itu disahkan tidak layak, unfit untuk diterbangkan. Kamera digital sentiasa berada di tangan saya sewaktu berada di lokasi sama. Satu-satunya individu hadir di lokasi, dilihat sebagai kakitangan perubatan, wanita di bawah ini.
IMG_3151
Jika dia doktor, amat menghairankan kerana pegawai perubatan bertugas di lapangan terbang antarabangsa itu tidak langsung mampu berbahasa Inggeris.
Mungkin doktor di Vietnam juga berpakaian seperti jururawat dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan bahasa tempatan sahaja. Justeru tidak hairan ‘doktor’ terbabit enggan menjawab soalan dikemukakan oleh ahli keluarga Izan.
Saya sendiri menyaksikan dengan mata kepala, wanita itu cuba meletakkan jangkasuhu di celah ketiak kanan Maryam sedang dipangku oleh ibunya. Akibat pergerakan Maryam kerana kurang berasa selesa, jangkasuhu itu terjatuh dan disambut oleh wanita itu. Dia kemudian melakukannnya untuk kali kedua sebelum beredar.
Tidakkah secara profesional, ‘doktor’ itu wajar menjelaskan status kesihatan Maryam kepada ibunya sebelum menghilangkan diri?
5
Molek jika Aireen atau kakitangan pengurusan Air Asia mengambil SEDIKIT waktu menghubungi Izan untuk mengesahkan kenyataan saya. Bijak juga, jika beliau mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup di pintu 18 di antara jam 8.30 dan 9.30 malam waktu Vietnam untuk membuktikan samada ground staff Air Asia di Ho Chi Minh menyalurkan maklumat tepat atau sebaliknya.
13. Kali terakhir saya bercakap dengan Norhamiza pada jam 6.30 petang semalam. Tiada kenyataan dikeluarkan oleh wanita itu mengatakan wakil pihak pengurusan Air Asia menghubungi keluarganya.
14. Kes ini turut mendapat liputan akhbar Utusan Malaysia, Agenda Daily. Berita juga dipaparkan oleh New Straits Times.

16. Terima kasih kepada semua pembaca sudi memberikan sokongan moral untuk bersama kita mendedahkan kebenaran.
17. To Sri Tony Fernandes, instant denial wouldn’t stop Malaysians to talk about this particular incident. Please have the courtesy to investigate this case thoroughly for the betterment of Air Asia operations in the future.
It is not a sin for Air Asia to contact Izan and the rest to offer your apologies.
The act of damage control needs to be executed. (www.mazidulakmal.com)
Read More..